'ISKETAMBOLA'

ISTANBUL


'Isketambola' dekat2 dengan negeri 'Isketambatu' dek kerana terpengaruh dengan cerita Seniman Agung P.Ramlee ni aku memasang niat untuk ke sini.. Dari Denizli Cardak Airport (Pamukkale) ke Atarturk Airport, Istanbul mengambil masa hanya 1 jam dengan penerbangan Turkish Airlines.. Dah sampai airport nanti ada beberapa pilihan penggangkutan awam untuk ke pusat bandar.. Metro (underground train), bas, taksi bermeter & Airport Shuttle..


Kami menginap di Grand Hyatt Istanbul dekat dengan area Taksim Square, dari airport ke sini mengambil masa selama 30 minit.. Taksim Square ni macam Oxford Street di London, satu tempat untuk membeli belah, terdapat juga banyak restoran, butik, hotel, kedai cenderahati, & juga Monumen Republic.. Taksim Square dianggap 'Heart of Modern Istanbul' & juga pusat network Metro (underground) Istanbul..


(Pool garden)

 (Breakfast buffet)

TEMPAT MENARIK & INFO DI ISTANBUL


   1) Masjid Sultanahmet atau Masjid Biru (Blue Mosque)




Di  bina pada abad ke-17 dan masih lagi di gunakan sehingga hari ini.. Masjid ini melambangkan kehebatan Empayar Turki di zaman Sultanahmet.. Juga di kenali sebagai masjid biru kerana jubin (marmar) yang menghiasi bahagian dalam dinding masjid itu berwarna biru.. Masjid ini di bina untuk menandingi Haghia Sofia yang ketika itu terkenal sebagai gereja terhormat ketika zaman Byzantine..

(Hippodrome satu ketika dahulu adalah tempat olahraga)


Hippodrome terletak bersebelahan dengan masjid biru.. 'hippos' kuda 'dromos' jalan ataupon lapangan kuda.. Tempat ini merupakan pusat sosial, olahraga & gladiator di Constantinople ibukota Byzantine..

Waktu melawat   : Elakkan ketika solat 5 waktu bagi yang bukan muslim
Bayaran masuk   : Percuma
Di tutup pada      : Buka setiap hari
Info                     : Kasut hendak lah di buka (plastik disediakan) & wanita mesti menutup rambut


   2) Haghia Sofia


(Ukiran separuh gereja yang ditampal & separuh masjid)

(Lakaran Jesus, Mary & Emperor)

Bermula sebagai Gereja Yunani Orthodox pada abad ke-6, bertukar menjadi Gereja Roman Katolik pada abad ke-12, beralih pula kepada masjid pada abad ke-15 dan akhirnya menjadi muzium ketika kejatuhan Empayar Uthmaniah oleh Kamal Atartuk pada 1935..

Ketika Sultan Al Fatih (Sultan Muhammed 11) menawan Constantinople, ia menjadikan nya sebagai masjid.. Dinding Haghia Sofia ada menunjukan ciri-ciri agama kristian seperti jesus & mary telah di tutup oleh Sultan Al Fatih.. Ketika Kamal Atartuk merampas kuasa, separuh dinding Haghia Sofia telah di kopek semula, ia bertujuan untuk menunjukan asal binaan sebagai sebuah gereja.. Pada masa ini kita dapat melihat di dalam Haghia Sofia separuh masjid dan separuh gereja..

Waktu melawat   : 9am - 5pm
Bayaran masuk   : TRY 30
Di tutup pada      : Isnin
Info                     : Audio Guide / Tour Guide (TRY30)


   3) Topkapi Palace


(Harem adalah tempat tinggal keluarga Di Raja)

(Pemandangan Selat Bosphorus dari belakang istana)

Istana terbesar & tertua di dunia di bina pada abad ke-15 semasa pemerintahan Sultan Al Fatih.. Ia menjadi tempat pusat pentadbiran, kerusi parlimen, undang-undang, perpustakaan & juga tempat tinggal utama oleh sultan-sultan Uthmaniyah.. Istana Topkapi ini di kelilingi oleh dinding/kubu batu sepanjang 5 kilometer yang masih utuh sehingga ke hari ini..

Ketika Kamal Atarturk mengambil alih, istana ini di jadikan sebagai muzium.. Pengunjung boleh melihat koleksi khazanah permata dan jam, serta senjata-senjata yang digunakan oleh sultan, salasilah keluarga di raja, dapur di raja dan yang paling istimewa jubah & pedang Nabi Muhammad SAW serta barang-barang peninggalan nabi-nabi yang lain..

Waktu melawat   : 9am - 5pm
Bayaran masuk   : TRY 30
Di tutup pada      : Selasa
Info                     : Bayaran tambahan TRY 15 untuk melawat Harem (kawasan peribadi wanita)


   4) Basilica Cistern



(Medusa Head ataupon Kepala Medusa)

Di bina pada abad ke-6 di zaman Byzantine oleh Maharaja Justinian 1.. Basilica ini asal nya sebuah pusat ekonomi & undang-undang pada zaman itu.. Ia merupakan tangki air yang menjadi sumber bekalan air kepada penduduk Istanbul..

Di kenali sebagai Istana Tenggelam ataupon 'Sunken Palace' ini telah mengorbankan nyawa 7000 hamba semasa pembinaan nya.. Terletak tidak jauh dari Haghia Sofia.. Masjid Sultanahmet, Hippodrome, Haghia Sofia, Topkapi Palace & Basilica Cistern terletak di dalam satu kawasan dan jarak nya tidak jauh di antara satu sama lain..

Waktu melawat   : 9am - 5pm
Bayaran masuk   : TRY 20
Di tutup pada      : Buka setiap hari


   5) Grand Bazaar



('Evil eye used as protection against bad luck' benda ni banyak bergantung dikedai-kedai)

Tempat menarik & popular di Turki untuk pelancong membeli-belah.. Pasar ini merupakan yang tertua di Turki dan penah direkodkan bermula pada abad ke-15.. Bazaar ini menawarkan pelbagai jenis barangan seperti permaidani, barangan antik, seramik dan perhiasan serta barangan cenderahati..

Money Changer yang paling bagus adalah di Grand Bazaar.. Pasar ni sangat besar dan nasihat kami, kalau dah berkenan tu beli jela.. Sebab kalau dah survey sampai ke hujung, nak berpatah balik tu yang penat ataupon anda mungkin boleh sesat..

Waktu melawat   : 9am - 7pm
Bayaran masuk   : Percuma
Di tutup pada      : Ahad
Info                     : Jangan terperanjat kalau anda masuk kesini, anda di suruh membuat                                                       'body scanner' macam di airport & polis bersenjata memang banyak..


   6) Spice Bazaar

(Rempah Ratus)

(Turkish Delight & Baklava)

(Mahmud Pasha Bazaar)

Terletak tidak jauh dari Grand Bazaar.. Cuma di sini menawarkan lebih kepada makanan & minuman tradisional Turki.. Sekiranya anda mencari Turkish Delight, Baklava, Turkish Coffee dan teh yang pelbagai perisa, di sini terdapat banyak pilihan..

Mahmud Pasha Bazaar pula berada di tengah-tengah di antara Grand Bazaar & Spice Bazaar.. Di sini kebanyakan nya menawar kan pakaian, jaket kulit, kasut, tudung serta pasmina..

Waktu melawat   : 9am - 7pm
Bayaran masuk   : Percuma
Di tutup pada      : Buka setiap hari
Info                     : Jangan lupa untuk tawar-menawar harga


   7) Bosphorus Cruise


(Turkish Tea)

('Balik' ikan & 'Ekmek' roti ataupon burger ikan, di makan bersama jeruk & jus lemon)

Selat Bosphorus yang memisahkan Turki dengan benua asia & eropah.. Selat ini menghubungkan 'Black Sea' Laut Mati di bahagian utara & Laut Marmara di bahagian selatan.. Aktiviti wajib di Istanbul ini menawarkan pemandangan panorama yang tidak boleh dilupakan..

Ada beberapa pakej pelayaran yang ditawarkan, bergantung kepada pelancong.. Ada banyak perhentian untuk di pilih dan masa yang singkat juga ada di tawarkan.. Kalau anda ingin menaiki Bosphorus Cruise ini, lokasinya hanya di hadapan Spice Bazaar & banyak syarikat yang menawarkan pakej yang menarik..

Waktu pelayaran   : Pagi, petang & malam
Bayaran                 : TRY 12 ( pelayaran selama 1 jam 30 minit)
Di tutup pada        : Buka setiap hari
Info                       : Burger ikan wajib cuba sekiranya anda ada berdekatan dengan pelabuhan ini


   8) Masjid Suleymaniye



Masjid terbesar di Istanbul & diantara masjid yang tercantik di dunia.. Dibina pada abad ke-16 atas arahan Sultan Sulaiman untuk menandingi Haghia Sofia dari segi keindahan senibina nya.. Hasil gabungan senibina Byzantine & Islam ini pernah rosak akibat gempa bumi.. Semasa Perang Dunia Pertama masjid ini pernah menjadi tempat simpanan senjata..

Waktu melawat   : 9am - 5pm
Bayaran masuk   : Percuma
Di tutup pada      : Buka setiap hari
Info                     : Ramai yang keliru kerana bangunan nya yang seakan Masjid Sultanahmet


   9) Menara Galata


Merupakan 'landmark' kota Istanbul & dibina pada zaman pertengahan.. Menara ini asal nya dijadikan menara pengawas kota sebelom bertukar kepada pusat pemantauan kebakaran.. Pada tahun 2013 menara ini merupakan sebahagian dari Tapak Warisan Dunia yang diangkat oleh UNESCO..

Terletak pada area 'Golden Horn' ataupon Tanduk Emas, menara ini menawarkan permandangan '360 degree panoramic view' yang merupakan aktiviti wajib sekiranya anda ke Istanbul.. Menara ini juga di lengkapi dengan restoran & kafe..

Waktu melawat   : 9am - 7pm
Bayaran masuk   : TRY 18.50
Di tutup pada      : Buka setiap hari
Info                     : Bangunan 9 tingkat ini juga menawarkan lif


   10) Istana Dolmabahce




Istana ini dibina pada abad ke-19 oleh Sultan Abdul Mecid 1 (Sultan Otthoman ke-30).. Ia menggabungkan senibina tradisional Uthmaniyah & gaya eropah.. Istana ini dibina sepanjang selat Bosphorus..  Istana Dolmabahce ini merupakan rumah bagi 6 sultan sehingga sistem beraja di hapuskan..

Pada tahun 1924, Mustafa Kamal Ataturk telah menjadi Presiden pertama Republik Turki.. Istana ini dijadikan tempat tinggalnya sehingga hari-hari terakhir perawatan beliau dan meninggal pada 10 November 1938..

Waktu melawat   : 9am - 4pm
Bayaran masuk   : TRY 30
Di tutup pada      : Isnin & Khamis
Info                     : Photo tidak dibenarkan didalam istana


   11) 'Secret Rooftop'




Buyuk Valide Han terletak di antara Grand Bazaar & Spice Bazaar.. Boleh pakai google map, tapi kalau nak naik ke atap bangunan, risiko anda kena tanggung sendiri sebab xde tali keselamatan di sediakan.. Tapi pemandangan nya sangat berbaloi..




Seven Hill Restaurant menyediakan banyak pilihan makanan laut yang segar.. Restoran ini terletak di antara Masjid Sultanahmet & Haghia Sofia..




Mimar Sinan Teras Cafe menyediakan makanan 'western' & permandangan Masjid Suleymaniye & Selat Bosphorus.. Nak datang sini kena la mendaki sikit sebab cafe ni atas bukit..

   12) Tips & Info

(Museum Pass)

 Museum Pass ini membolehkan anda melawat semua musium di dalam Istanbul, Istana Topkapi & Haghia Sophia.. Kad ini di jual di kaunter tiket museum pada harga TRY 85.. Kad ini boleh digunakan selama 5 hari sekiranya anda datang ke Istanbul tanpa pemandu pelancong.. Anda juga boleh mendapatkan kad All Turkey Museum Pass untuk akses ke semua musium didalam Turki..


(Istanbulkart)

 Istanbulkart ni macam Touch n Go.. Kad ni untuk akses kepada semua Public Transport di Istanbul.. Kad ni boleh dibeli di kedai runcit ataupon stesen bawah tanah.. Kalau datang bercuti tanpa Tour Guide, kad ni mesti beli.. Mesti try naik Tram..


(Currency Exchange ataupon penggunaan Debit Card??)

 Pada pengalaman saya sendiri, sebelom berlepas ke Turki elok sekiranya tukar duit siap2 ke Euro ataupon US Dollar.. Tak semua Money Changer nak terima RM, kalau ada pon pada kadar yang amat rendah, sangat2 tak berbaloi.. Walaupon kite tukar sebanyak 2 kali (RM - EURO - TRY) tetapi masih lagi tinggi, berbanding tukar terus dari RM.. Kalau nak tukar duit, elok pg Money Changer di Grand Bazaar.. Kalau nak pakai ATM mesin untuk withdraw pon okey tapi Maybank charge RM13 setiap transaksi ( Make sure aktifkan dulu kad kepada penggunaan antarabangsa).. Penggunaan Kad Debit?? boleh di kategorikan sebagai 'Fair' kalau nak di ikutkan wang tunai lagi jimat tapi untuk keselamatan, xnak bawak cash banyak2 pon boleh jugak..

(Wifi ataupon Sim Card)

 Airport ada sediakan wifi percuma selama 2 jam.. Kalau nak sewa wifi poket kt sini agak susah, tak macam di Korea.. Mostly portable wifi kena beli dan disusuli dengan simcard.. Turk Telecom menyediakan plan internet sebanyak 8gb untuk TRY100.. Kalau nak jimat boleh la pakai wifi hotel ataupon pergi ke restauran atau cafe..


 WC ataupon 'Toilet'.. Memang tak ada tandas yang percuma di Istanbul ni.. Setiap kali masuk mesti kena bayar TRY 1.. So kalau pergi makan tu, terus la ke toilet sebelom jalan..

(Mixed Grill ni boleh makan untuk 2 orang)

 Makanan di Turki ni kebanyakan nya style kebab ataupon grill.. Setiap kali hidangan mesti disertakan dengan roti 'french loaf'.. Dekat sini tak ada sos cili, so sapa yang suka pedas tu boleh la standby bawak sos cili.. Orang kat sini banyak makan salad, cheese & olive.. Hidangan nasi tu boleh dikatakan jarang untuk orang di sini..


Kota Lama ini menyajikan anda permandangan yang sangat cantik.. Selain di Istanbul, aktiviti lain di Cappadocia, Pamukkale & Bursa juga sangat menarik.. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati permandangan Selat Bosphorus dengan menaiki feri di Istanbul.. Menghayati permandangan Pamukkale dari atas dengan mencuba aktiviti lasak Paragliding.. Kenangan yang semestinya tak dapat dilupakan dengan menaiki Hot Air Ballon di Cappadocia..

INILAH JELAJAH KU KE TURKI 1 NEGARA 2 BENUA (PART 3)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan