CAPPADOCIA
Kapadokya ataupon kapadosia.. Jelajah aku & isteri selama 9 hari bermula dari KLIA dengan penerbangan Turkish Airlines mengambil masa 11 jam utk ke istanbul.. Dengan perbezaan 5 jam kebelakang kami tiba di istanbul seawal jam 6 pagi.. Kami ke Cappadocia juga menaiki Turkish Airlines mengambil masa 1 jam 30 minit dengan connecting flight selama 4 jam.. Klu amek sama airlines, kite dapat check through luggage masa kt KLIA so nanti luggage kite terus sampai airport Cappadocia..
Istanbul ada 2 airport Ataturk International Airport & Sabiha Gokcen International Airport.. Yang paling dekat dgn Istanbul adalah Ataturk Airport.. Jarak antara 2 airport ni dalam 1 jam 15 minit.. So mostly Sabiha Airport ni mcm KLIA2 sbb dkt sini byk low cost airlines.. Paling senang kita pakai Ataturk Airport sbb ni yg main airport n public transportation pon bersepah.. Klu nak booking tiket tu make sure semak betol2 airport mane korang nak guna..
Btway klu nak ke Kapadokya pon ada 2 airport jugak, Kayseri Airport & Nevsehir Airport.. kita mula kan dgn Kayseri Airport, dari sini nak ke Goreme (tempat tumpuan melancong) amek masa hampir 1 jam, penggangkutan awam cuma ada bas dgn teksi je.. Bas akan ke pusat Goreme, so bile dah sampai nnt korang boleh la naik teksi ke hotel nnt.. Nevsehir Airport pulak nak ke pusat goreme amek masa 40 minit je, lg dekat.. tp problem nye kt sana penggangkutan awam nye kurang sbb ni airport lama, klu dh malam tu dh xde transport, kena tunggu sampai pagi esok pkul 6am..
(Kayseri Airport)
Sepanjang kami dekat Turki ni airport die semua kena jalan kaki, xde lalu dlm terowong mcm selalu kite dkt KLIA2.. Mungkin diorg tengah nak naik taraf kot.. okey, so ni kami dekat Kayseri Airport.. kecik je airport die..
Pada pendapat kami, masa korang nak booking hotel tu better cari hotel yg provide airport shuttle.. So masa kami sampai tu dh ade orang standby pegang nama kami.. Kami tinggal di Cappadocia Cave Suites.. Klu korang booking min 2 malam diorg akan provide airport shuttle secara percuma dari/ke Nevsehir&Kayseri Airport tp booking mesti la di buat dekat original page diorg.. Isi dekat note untuk request airport transfer nanti pihak suite akan email korang mintak detail flight.. klu booking dari tripadvisor ataupon booking.com, pihak hotel akan kena kan extra charge untuk shuttle..
(Cave Suite Terrace View)
Cappadocia Cave Suites kami bagi 9/10.. Klu korang survey dalam tripadvisor, suite ni memang dapat review yg terbaik.. Bilik kami macam dalam gua, 1 pengalaman yg lain drpd yg lain..
Area ni memang byk hotel & suites.. Kalau korang sampai sini nnt xpayah nak susah2 nak cari tour agent ataupon aktiviti sbb hotel ni sediakan semua nye.. Antara aktiviti yg disediakan, Hot Balloon, Cappadocia Tour (green/red), Turkish Night Delight, Horse Riding & Turkish Bath..
Area ni memang byk hotel & suites.. Kalau korang sampai sini nnt xpayah nak susah2 nak cari tour agent ataupon aktiviti sbb hotel ni sediakan semua nye.. Antara aktiviti yg disediakan, Hot Balloon, Cappadocia Tour (green/red), Turkish Night Delight, Horse Riding & Turkish Bath..
(Breakfast Buffet)
HOT AIR BALLOON
1) Standard Balloon pada harga 80 euro seorang untuk penerbangan selama 1 jam, mostly dalam 1 bakul boleh muat 25 orang..
2) Comfort balloon pada harga 130 euro seorang, beza nya bakul untuk confort ni hanya 16 orang sahaja..
(Kita dapat melihat mereka sedang membuat persiapan)
Actually kami booking untuk standard balloon tapi rezeki kami, pihak Cappadocia Cave Suite telah upgrade kan flight kami kepada comfort ballon, yela sebab klu di convert kan comfort ballon mau 600 ringgit untuk seorang.. Setiap pakej disediakan pick up & drop off hotel serta breakfast..
(Pilot kami Mr. Hakan)
(Hot Air Balloon ni boleh terbang pada ketinggian 1000-3000 kaki)
CAPPADOCIA TOUR
1) Red Tour 35 euro seorang, anda akan di bawa ke Uchisar Castle, Goreme Open Air Museum, Pasabag, Devrent Valley, Love Valley, Avanos Pottery.. Pick up & drop off ke hotel serta lunch..
(Fairy Chimney di Pasabag, gua berbentuk cendawan)
(Pigeon Valley memang banyak burung merpati kt sini)
(Underground City ataupon Kota Bawah Tanah tempat persembunyian, tempat simpan stok makanan, dapur, tempat simpan wain dan juga gereja semasa perang dahulu)
(Actually Underground City ni sampai tingkat 8 kebawah tapi hanya sampai tingkat 4 sahaja yg dibuka untuk pelancong.. Laluan kebawah makin lama makin sempit, aku ni memang bersaiz besar so kena membongkok klu nak masuk sampai ke bawah)
(Ihlara Valley hiking 3km)
(Ihlara Canyon.. Turkey's Grand Canyon)
Untuk aktiviti malam, korang boleh cuba Turkish Night Show 45 euro seorang.. so ada pertunjukan kebudayaan, cara perkahwinan, tarian & belly dancer.. Makan malam tradisional & minuman disedia kan.. Pick up & drop off ke hotel.. Bagi kami pertunjukan ni biasa je sebab smua nya dalam bahasa turki & xde subtitle..
(Turkish Night Show Hall)
Secara purata Cappadocia ni memang seronok.. Klu korang nak beli survenior ataupon nak cuba makanan turki korang boleh la request hotel shuttle untuk hantar ke center.. Dari Cave Suites xsampai 10 minit jalan kaki.. So kt situ korang boleh sewa ATV klu korang nak ke Goreme Panorama, tempat best untuk bergambar klu ada hot balloon.. Boleh jgak klu nak sewa jeep, motor ataupon scooter, diorang xmintak lesen pon, diorang just tanye boleh bawak atau tidak then terus diorang bagi kunci..
Rancang perjalanan korang sekiranya melawat kesini tanpa tour guide, bukan kata perjalanan & penginapan sahaja, cuaca pon main kan peranan jgak sebab kami hampir tidak dapat naik hot balloon sebab masalah cuaca.. So kami tunda pada ke esokkan harinye, since kami stay sini hanya 2 malam sebab datang jauh2 rugi pulak klu xdapat naik balloon ni.. Pengalaman yang semestinya korang xboleh lupakan..
INILAH JELAJAH KU KE TURKI 1 NEGARA 2 BENUA (PART 1)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan