KOTA LAMA ISTANA KAPAS TURKI

PAMUKKALE


"PAMUK" yang bermaksud kapas & "KALE" adalah benteng dalam bahasa Turki yang membawa maksud Istana Kapas ataupon Cotton Castle, merupakan sebahagian dari Tapak Warisan Dunia yang diangkat oleh UNESCO..


Untuk ke Pamukkale kami mendarat di Denizli Cardak Airport dari Ataturk Airport, Istanbul.. Perjalanan selama 1 jam mengguna kan Turkish Airlines..  Seperti kami di Cappadocia, tempahan awal airport shuttle di buat melalui hotel.. Dari airport nak ke Pamukkale mengambil masa lagi 50 minit..

(Denizli Cardak Airport)

Kami menginap di Venus Suite Hotel.. Dari hotel nak ke tempat tumpuan pelancong ataupon center mengambil masa 10 minit jalan kaki ataupon korang boleh guna shuttle yang di sediakan oleh hotel.. Kami melancong bukan lah semasa pick season, so kami dapat banyak promotion in terms of tempat penginapan, aktiviti dan tour.. 


(Breakfast Buffet)

(Gozleme is a traditional Turkish pastry or flat bread with a savoury filling)

Semasa kami di Pamukkale, hanya Tour4Turkey (T4T) agen pelancongan yang ada.. So mostly hotel akan mengambil T4T untuk mengatur aktiviti Pamukkale Tour, Paragliding & Airport Shuttle.. Untuk Pamukkale Tour berharga 80 Turkish Lira (TRY), pakej termasuk hotel pick up & drop off, Hierapolis, Amphitheatre, Lunch, Antique Pool & Travertines..
"Hiera" suci "polis" bandar berasal dari perkataan Greek yang bermaksud Bandar Suci ataupon Holy City.. Kota lama Kerajaan Greek ini telah wujud lebih dari 2000 tahun.. Masih lagi ada kesan peninggalan runtuhan kota ini akibat gempa bumi.. Tempat ni besar sangat, kami habis kan masa hampir 4 jam di sini.. Tiket masuk berharga TRY 35..

 (Kesan peninggalan Kota Suci)


"Necro" dead "Polis" City bermaksud Tanah Perkuburan ataupon Cemetery.. Necropolis terletak dalam Hierapolis, so korang boleh tengok banyak kubur yang ade di sini.. Since sini tempat Bandar Suci so masa zaman Greek-Roman dulu ramai la orang2 yang mintak untuk di kebumikan di sini..
 (Necropolis yang masih ada tulisan purba Greek)

Amphitheatre adalah tempat membuat persembahan orkestra & gladiator.. Dalam 1 masa tempat ini  boleh memuatkan hampir 12 000 penonton.. Amphitheatre merupakan struktur lengkap yang masih utuh sehingga sekarang.. Untuk kesini kena la hiking sikit tapi kalau ada sesiapa yang xlarat, diorang ada sediakan shuttle di depan Antique Pool dengan bayaran TRY 3..



Antique Pool ataupon kolam suci ini merupakan kolam air mineral semula jadi.. Semasa gempa bumi dahulu, terdapat beberapa struktur yang runtuh, tenggelam di dalam kolam itu.. Kolam yang sangat sangat jernih itu boleh mandi dengan bayaran TRY 18 untuk dewasa & TRY 8 untuk kanak-kanak.. Disebab kan ni air kolam yang mengandungi mineral, anda di nasihat kan untuk tidak membuka mata ketika menyelam sebab mata akan menjadi pedih..

(Antique Pool ataupon Kolam Suci)


Travertines adalah kolam air panas yang bergerak secara bertingkat tingkat, kelihatan seperti air terjun yang beku serta kawasan batu kapur yang putih seperti salji.. Air kolam yang mengandungi mineral ini banyak khasiat untuk kulit.. So kalau nak masuk dalam air ni kena la bukak kasut untuk langkah keselamatan.. 

(Travertines)


Untuk mencuba paragliding, bayaran sebanyak TRY 130 seorang termasuk gopro.. Make sure korang bawak pendrive sendiri sebab bayaran tambahan akan di kena kan.. Gambar dari gopro dikenakan tambahan sebanyak TRY 50 so total semua TRY 180.. Kalau ada gopro sendiri kena inform diorang awal.. Untuk aktiviti paragliding ni amek masa dalam 1 jam termasuk penerbangan selama 15 minit.. Pakej termasuk pick up & drop off hotel.. Bagus buat pagi time sunrise, pemandangan sangat cantik then lepas habis paragliding korang boleh terus buat aktiviti Pamukkale Tour.. To be honest, aku ni memang gayat, takut sangat dengan ketinggian tapi aktiviti seperti Hot Balloon & Paragliding ni antara main attraction kt Turkey ni, so klu x try rugi la, once in a lifetime..



Secara keseluruhan Pamukkale ni xdelah besar sangat & aktiviti boleh dibuat dalam 1 hari tapi korang kena datang jgak kt sini untuk tengok sendiri keindahan Antique Pool, Amphiteatre & View Travertines.. Korang boleh datang untuk Day Trip then amek bus malam balik ke Istanbul.. Ataupon korang nak rileks, request bilik yg Travertines view untuk bermalam then amek flight pagi ke Istanbul..

INILAH JELAJAH KU KE TURKI 1 NEGARA 2 BENUA (PART 2)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan