OSAKA
Osaka merupakan bandar komersial bersejarah di Jepun dan bandar ketiga terbesar selepas Tokyo & Yokohama. Ia terletak di kawasan Kansai di pulau utama Honshu. Metropolitan Osaka-Kobe-Kyoto berpopulasi kedua terbesar di Jepun selepas bandar Tokyo.
Tertarik dengan budaya kehidupan orang Jepun membuatkan kami sekali lagi datang ke negara matahari terbit ini untuk melawati tempat-tempat yang lebih menarik. Secara peribadi kami lebih menyukai trip Osaka-Kyoto sebab bandar ini penuh dengan tinggalan sejarah berbanding dengan Tokyo yang merupakan bandar raya yang sibuk dengan fesyen terkini dan bilangan penduduk yang padat.
Kami memulakan perjalanan kami dari KLIA dengan menaiki pesawat MAS. Penerbangan kami mengambil masa hampir 7 jam dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai. Dari pada survey yang kami buat, kebanyakan penerbangan dengan pesawat dari Malaysia akan berlepas pada waktu malam & akan tiba pada waktu subuh. Perbezaan waktu di Jepun hanyalah +1:00 jam.
Setibanya kami di Kansai Airport, kami terus mencuba makanan disini. U-DON menyajikan makanan halal bagi pelancong muslim untuk mencuba sendiri makanan asli Jepun.
Sanuki Restaurant menyajikan makanan asli jepun yang halal
Kaunter layan diri tempura & onigiri
Menu kami Set Nasi & Daging, Udon, Tempura sayuran & udang
Tempat : Sanuki U-Don (2F Kansai Airport)
Waktu Operasi : 7am - 10pm (buka setiap hari)
Konsep : makanan Jepun (layan diri)
Menu : onigiri, tempura, udon & soba
Selepas sarapan, kami mencari akses untuk ke bandar Osaka. Ada beberapa pilihan pengangkutan awam disini seperti keretapi, bas, teksi mahupon 'bullet train'. Kami memilih train sebagai akses untuk memudahkan perjalanan kami, lagipon Japan Rail (JR) menawarkan bayak pakej untuk dipilih seperti Kansai 1 Day Pass, 3 Days Pass, 5 Days Pass & 7 Days Pass. Kesemua pakej yang di tawarkan tidak termasuk kos perjalanan pergi & balik ke airport.
Untuk membeli tiket train JR, anda boleh terus ke JR Ticket Office sebab disana ada pegawai yang boleh bertutur dalam bahasa inggeris & senang untuk bertanyakan soalan.
Kami menaiki JR Airport Rapid Train untuk ke JR Namba Station dengan harga ¥1060(RM38) sekitar 50 minit.
Perkhidmatan Airport Limousine Bus juga ada disediakan pada harga ¥1500(RM37) dan mengambil masa 1 jam untuk ke bandar Osaka.
Sejurus tiba dibandar Osaka, kami terus mendaftar masuk Hotel Monterey hanya bersebelahan dengan JR Namba Station. Hotel ini sangat dekat dengan area membeli belah yang terkenal di Osaka iaitu Dotonbori. Setelah beristirehat selepas penat dengan 'overnight trip', kami menyambung perjalanan kami ke Umeda Sky Building.
Dari JR Namba Station kami terus ke Osaka Station dengan menggunakan Kansai 3 Days Pass. Untuk ke Umeda Sky Building 10 minit jalan kaki. Kalau nak berhenti dekat Umeda Station pon boleh, tapi kami prefer Osaka Station untuk bergambar.
Umeda Sky Building terdiri daripada 2 menara yang dihubungkan oleh 'Floating Garden' di tingkat 39. Bangunan ini menawarkan permandangan bandar melalui tingkap dek dan taman terbuka. Buka setiap hari dari 9:30am hingga 10:00 malam. Caj kemasukan JPY1000 (RM35) untuk ke 'Floating Garden'
Permandangan dari 'Floating Garden'
Eskolator yang menghubungkan 'Floating Garden' dengan pemandangan yang menakjubkan
Masa untuk makan malam dan kami ke restoran Ramen Honolu. Antara restoran ramen halal yang terkenal di Osaka, boleh pakai google map je kalau nak kesana. Btway, trip kami kali ni ke Osaka & Kyoto lebih kepada stail 'Backpackers' dan Google Map & Google Translate sangat membantu.
Ruang yang padat & tempat yang terhad, terpaksa tunggu sekiranya restoran penoh
Style pesanan makanan di Jepun menggunakan keadah layan diri di 'Vending Machine'
Special Rich Chicken Ramen JPY980 (RM35)
Dotonbori adalah salah satu destinasi pelancongan utama di Osaka. Kawasan ini menjadi tempat hiburan malam yang popular bercirikan suasana papan tanda yang besar. Banyak kedai untuk pengunjung membeli belah serta bandar ini menawarkan beberapa restoran terkenal yang menyajikan pelbagai masakan Jepun tradisional & moden.
Glico Man telah pon ada sejak 1935 menggambarkan atlet dilandasan biru melambangkan simbol gula gula Glico.
Kami tak lepaskan peluang untuk mencuba Fresh King Crab di Kani Doraku.
Starbucks Tsutaya Ebisubashi (Cafe+Library)
Mencuba Takoyaki & Okonomiyaki di Creo Ru
Perjalanan kami disambung pada ke esokan hari. Selepas sarapan pagi di hotel, kami pon bertolak ke Morinomiya Station dari JR Namba Station. Dari stesen keretapi, jarak perjalanan lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Osaka Castle dan taman bunga menghiasi sepanjang perjalanan kami ke istana.
Istana Osaka dibina pada tahun1583 oleh Toyotomi Hideyoshi dan siap pada tahun 1597. Selepas pertempuran Sekigahara, Tokugawa mula menyerang Toyotomi dan mengepung Osaka. Klan Toyotomi dihapuskan dan Istana Osaka telah dibakar. Pewaris baru Tokugawa Hidetada mula membina semula 8 tingkat Istana Osaka. Penah terbakar akibat letupan serta terabai selama puluhan tahun & semasa Perang Dunia II, istana ini menjadi gudang senjata. Pada tahun 1995 Kerajaan Osaka telah membaik pulih istana ini dan dijadikan sebagai muzium.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba 'Kimono' & bergambar
Perjalanan Osaka kami berakhir disini & entiti yang seterusnya akan saya kongsikan pengalaman kembara kami di Kyoto. Suka saya ingatkan sekiranya anda melancong ke luar negara "Dine At Your Own Discretion" makanlah mengikut budi bicara anda sendiri, tepuk dada tanya selera.